Tentang Darul Ulum Az Zahra Lilbanat

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi saw.

Darul Ulum Az Zahra Lilbanat adalah cawangan kepada Darul Ulum Az Zahra HQ yang bernombor Pendaftaran Kod Sekolah JAKIM: BZH 8047.

Jumlah pelajar yang telah hafiz di bawah seliaan kumpulan Az Zahra seramai 263 orang pelajar (226 orang pelajar lelaki dan 37 orang pelajar perempuan) bagi Jurusan Tahfiz serta selebihnya melanjutkan pengajian ke pelbagai bidang agama dan professional termasuk pengajian Islam di Darul Ulum Az Zahra (HQ) dan Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat (Alimah).

  • VISI – Melahirkan Generasi Ulul Albab dan membangunkan masyarakat Qurani

  • MISI – Melahirkan Muallimah Rabbani, Huffaz yang berketerampilan, membentuk sahsiah diri anak anak untuk cintakan ilmu pengetahuan agama, kreatif, berkemahiran dan memupuk generasi Huffaz Profesional.

  • SLOGAN – ILMU, IMAN, AMAL

  • OBJEKTIF – Memelihara kesucian agama Islam selari dengan perlembagaan Negara, Islam adalah agama Persekutuan

Keluasan institusi ini terdiri dari 2 blok bangunan asrama 3 tingkat dan 1 blok bangunan kelas 3 tingkat. Institusi ini ditubuhkan pada bulan Januari 2018 dengan jumlah murid terkini seramai 100 orang (cawangan sahaja) dan 400 orang pelajar serta guru seramai 38 orang (termasuk HQ). Kami menganggarkan pengambilan minima murid seramai 500 orang dan maksima murid adalah seramai 600 orang pada tahun 2024 di 4 cawangan rangkaian Az Zahra.