KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PELAJAR

Dewan Besar, Dewan Makan, Bilik Kelas, Pejabat, bilik guru dan sebagainya tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran Mudirah atau Guru Pihak pentadbiran.

  1. Dilarang sama sekali menconteng pada dinding-dinding, papan kenyataan, kenderaan atau apa-apa peralatan/ kemudahan yang disediakan/ yang ada.
  2. Semua peralatan sekolah, samada alat mengajar, Komputer, pengangkutan, kemudahan yang disediakan dan lain-lain tidak boleh digunakan tanpa kebenaran Mudirah atau pihak pentadbiran.
  3. Pelajar tidak dibenarkan mengambil atau merosakkan harta benda Darul Ulum seperti perkakas- perkakas dapur, kelas atau surau (sejadah, terompah) dan lain-lain lagi.
  4. Pelajar dilarang sama sekali merosakkan kerusi meja, katil, tilam, bantal, lantai dan lain-lain perabot/peralatan sekolah, menggores-gores atau mengelar-ngelar dengan benda tajam, pensel, `liquid paper’ atau lain-lain cara kerana semua peralatan tersebut merupakan amanah Darul Ulum Az Zahra kepada pelajar sepanjang pengajian mereka.
  5. Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar untuk melaporkan kepada Pengetua, Warden, Guru Disiplin, Guru Penasihat atau Ketua pelajar sekiranya berlaku sebarang masaaalah disiplin dan pelajar dilarang mengambil tindakan sendiri dengan sewenang wenangnya.
  6. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar Darul Ulum Az Zahra Lilbanat ini untuk melaporkan sebarang kerosakan atas harta benda Darul Ulum Az Zahra Lilbanat.
  7. Pelajar dilarang meletakkan kenyataan pada papan-papan kenyataan, poster-poster atau lain- lain pemberitahuan kecuali kenyataan yang bersangkutan dengan Darul Ulum Az Zahra Lilbanat melalui kebenaran mudirah, Guru Disiplin atau warden.
  8. Tidak dibenarkan memindahkan atau meminda sesuatu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran pihak pentadbiran.
  9. Dilarang sama sekali mengalih, meminda, menyentuh atau menggunakan dalam apa jua cara pendawaian elektrik dan pembetung/ paip air.

Penggunaan Elektrik:-

  1. Pelajar ditegah dari membazir tenaga elektrik: suis lampu dan lampu serta kipas hendaklah ditutup jika tidak digunakan.
  2. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan alat elektrik sama ada di asrama atau di bilik- bilik kelas tanpa kebenaran dari Mudirah, Warden atau Guru. 8.10.3. Pelajar dilarang menggunakan heater untuk memasak/memanaskan air.

PEJABAT/BILIK GURU

  1. Pelajar-pelajar dilarang berada di kawasan pejabat dan bilik guru, kecuali jika dipanggil oleh Mudirah, kerani atau guru-guru atau mempunyai urusan tertentu sahaja.
  2. Pelajar-pelajar juga mestilah berpakaian kemas jika ke bilik guru, pakaian bergantung kepada masa dan urusan.

KAWASAN LARANGAN

  1. Bilik Mesyuarat, dapur dan seumpamanya kecuali pada waktu yang dibenarkan atau menjalani aktiviti dengan kehadiran guru.
  2. Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali ada urusan.
  3. Surau guru dan tandas guru.
  4. Dewan Makan kecuali waktu makan/minum.
  5. Dapur Dewan Makan.
  6. Ibu Sawat Elektrik.
  7. Kawasan Bilik Mudirah, bilik Guru-Guru dan pekerja.
  8. Asrama pada waktu kelas sedang berlangsung kecuali waktu rehat Qailulah, aktiviti petang dan waktu tidur.

ROMBONGAN/LAWATAN

  1. Kebenaran untuk mengadakan rombongan/lawatan mestilah mendapat kebenaran daripada Mudirah terlebih dahulu dan urusan lain hendaklah dijalankan 1 minggu sebelum tarikh lawatan. Urusan ini mesti dilakukan oleh guru penasihat yang terlibat sahaja.
  2. Dua hari sebelum rombongan/lawatan dibuat salinan senarai ahli berserta surat kebenaran ibubapa hendaklah diserahkan kepada ketua ustazah atau mudirah.
  3. Setiap rombongan/lawatan mestilah disertai oleh Guru /warden (Guru Tetap).
  4. Ketua ustazah bertanggungjawab mempastikan semua peraturan dipatuhi.
  5. Semua urusan surat-menyurat mengenai hal ini mestilah melalui pejabat dan kelulusan mudirah.

MAJALAH DAN PENULISAN

  1. Sebarang kegiatan untuk mengeluarkan Majalah agama, Makalah, Berita, Pengumuman dengan menggunakan surat atau bahan cetak mestilah mendapat kebenaran Mudirah dan pihak pentadbiran.
  2. Semua tulisan yang bertujuan untuk disebar/dicetak dan diedar hendaklah melalui pihak pentadbiran untuk semakan.
  3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan ke pihak akhbar, radio, television dan sebagainya tanpa pengetahuan dan kebenaran Mudirah.

SURAT-MENYURAT

  1. Semua surat yang diterima mesti mempunyai nama penerima dan jurusan yang lengkap.
  2. Pelajar hanya dibenarkan mengambil surat selepas waktu persekolahan di kaunter pejabat.

MAKANAN

  1. Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan tanpa kebenaran dari Penyelia Asrama.
  2. Pelajar tidak dibenarkan membawa ke asrama makanan yang boleh basi atau yang berbau dan barang/alatan dewan makan.
  3. Pelajar dilarang makan di dalam kelas.
  4. Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang tempahan makanan kecuali melalui kantin koperasi dan dewan makan sedia ada yang telah mendapat kelulusan kementerian kesihatan.
  5. Bagi pelajar yang sakit dikehendaki melaporkan kepada Ketua Bilik supaya dapat dilaporkan kepada warden atau pihak pentadbiran untuk tindakan selanjutnya.
  6. Pelajar yang sakit dan tidak boleh ke dewan makan, makanan akan dihantar kepada bilik sakit.
  7. Makanan yang dimasak hanya dibenarkan diperoleh dari dewan makan dan kantin sahaja.

KEBERSIHAN

  1. Setiap pelajar bertanggungjawab kepada kebersihan kawasan madrasah, bangunan madrasah, bilik kelas, surau dan asrama pada setiap masa.
  2. Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan pakaian dan diri sendiri.
  3. Dilarang menyidai kain di koridor, pagar, gril tingkap dan pintu asrama serta bilik air.
  4. Tandas-tandas dan bilik-bilik mandi hendaklah dijaga kebersihannya. Apa- apa kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
  5. Pelajar dilarang sama sekali membuang sampah, tuala wanita dan sebagainya ke dalam tandas.
  6. Semua sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam tong-tong sampah yang disediakan dan dilarang membuang sampah sarap di merata-rata kawasan bangunan madrasah/asrama dan persekitarannya.
  7. Warden dan Guru Disiplin akan mengadakan pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa ke atas penghuni asrama. Bilik yang didapati tidak bersih/kemas/teratur akan diambil tindakan.
  8. Pelajar wajib mengikuti jadual pembersihan asrama yang telah ditetapkan.
  9. Mengamalkan konsep “ Madrasah Impianku”.

KESIHATAN DAN RAWATAN

  1. Sebarang masalah mengenai kesihatan/pelajar sakit atau kemalangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Ketua Bilik supaya dapat dilaporkan kepada Penyelia Asrama atau pun dilaporkan terus kepada Penyelia Asrama, Warden atau guru bertugas harian supaya tindakan selanjutnya dapat diambil segera.
  2. Pada hari-hari kelas sedang berlangsung pelajar yang sakit mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran untuk masuk ke dalam bilik Sakit dari guru bertugas sebelum berjumpa Staff Pejabat yang bertanggungjawab.
  3. Pelajar yang sakit mesti berada di bilik sakit pada waktu kelas sedang berlangsung.
  4. Pelajar yang sakit mestilah mematuhi `peraturan bilik sakit’ yang telah ditetapkan.
  5. Penyelia Asrama akan melawat dan merawat (kadar yang patut) pelajar-pelajar yang sakit bagi menentukan mereka memakan/ mengambil ubat.
  6. Pelajar yang didapati mengidap penyakit berjangkit seperti campak dan sebagainya dibenarkan balik ke rumah setelah mendapat medical chekup daripada doktor.
  7. Pelajar yang sakit akan dihantar ke hospital oleh Pemandu madrasah dan ditemani oleh Penyelia Asrama/ pembantunya.

PEMERIKSAAN ASRAMA

  1. Pemeriksaan asrama pada hari-hari kelas dijalankan oleh ketua bilik sebelum sarapan pagi untuk memastikan pelajar meninggalkan bilik dalam keadaan kemas dan bersih.
  2. Pemeriksaan asrama secara berkala akan dijalankan pada setiap hari Sabtu jam 8.00 pagi oleh warden blok masing-masing.
  3. Pemeriksaan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa oleh warden dan para guru tanpa pemberitahuan awal kepada pelajar.

HAKMILIK

  1. Setiap pelajar adalah bertanggungjawab menjaga hakmilik sendiri. Madrasah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan dan kehilangan hak milik persendirian yang tidak dijaga atau disimpan dengan selamat.
  2. Semua kitab, buku teks pinjaman, rujukan dan perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik dan sempurna. Jika hilang, tercerai kulit/muka surat atau koyak berkecai, buku itu hendaklah diganti atau dibayar mengikut harga tiap-tiap satu buku tersebut bersama bayaran denda.
  3. Semua kitab yang bukan hak milik pelajar hendaklah dipulangkan mengikut arahan urusetia perpustakaan.
  4. Buku-buku persendirian, pakaian atau apa jua barang hakmilik pelajar hendaklah dituliskan nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna.
  5. Wang atau barang yang berharga tidak dibenarkan ditinggalkan di dalam kelas, tempat yang terdedah, mudah hilang atau dirosakkan. Barang-barang seperti itu boleh disimpan oleh warden di pejabat.
  6. Pelajar dilarang menyimpan sendiri wang saku melebihi RM 50 setiap masa. Jika wang yang ada melebihi kadar tersebut, pelajar disarankan agar menyimpan di pejabat.
  7. Sebarang wang, barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada Mudirah, Guru Disiplin, Guru Bertugas harian atau Warden untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemilik.
  8. Semua alatan yang dipinjam dari pihak madrasah hendaklah dipulangkan sebaik sahaja tamat tempoh kebenaran penggunaannya.