Segala Puji bagi Allah Tuhan yang amat Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad saw.

Setinggi tinggi kesyukuran kepada ALLAH SWT di atas kemajuan dan pencapaian rangkaian Darul Ulum Az Zahra sehingga ke tahap ini telah mencapai usia 18 tahun sejak penubuhan HQ pada Jun 2001.

Dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH swt kepada kita semua serta usaha gigih seluruh kakitangan, pihak Pentadbiran Darul Ulum Az Zahra Lilbanat dan juga sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak, rangkaian Darul Ulum Az Zahra pada hari ini mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi bersama mana mana Institusi Tahfiz terkemuka di tanah air.

Teristimewa, buat Ibu Bapa yang telah mendaftar anak anak mereka di bawah seliaan Darul Ulum Az Zahra Lilbanat, kami mendoakan semoga setiap anak ini menjadi Insan yang terbilang dan pemimpin yang bertaqwa di masa akan datang.

Usaha bagi memastikan anak bangsa mendapat didikan agama yang sebaiknya adalah tanggungjawab kita bersama sebagai umat Islam.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga Darul Ulum Az Zahra Lilbanat, besarlah harapan saya untuk melihat momentum kecemerlangan ini seiring dengan perkembangan pesat dalam usaha melahirkan modal insan yang amat berguna untuk agama dan kejayaan demi kejayaan dapat dicipta agar pelapis generasi pendidik yang bertaqwa dapat dilahirkan daripada Darul Ulum Az Zahra Lilbanat ini.

Sekian, terima kasih.

BERSATU MEMARTABATKAN PENDIDIKAN TAHFIZ AL – QURAN NEGARA

“Yang Berkhidmat”
Maulana Mohd Dailami bin Che Age Al Hafiz
Pengasas
28/01/2018

Biodata Mudir

  • Diploma Tahfiz di Jamiatul Uloom Al Islamiah Yusuf Binory Town, Karachi.
  • Pengajian Fiqh Mazhab Syafie Undang Undang Syariah Islam Darul Uloom Al Arabiah Al Islamiah Cape Town, South Africa.
  • Pengajian Misykat & Dauratul Hadith Qasimul Ulum Islamic College Cape, Town South Africa.
  • Takhassus Fekah Mazhab Syafi’e.

Pengalaman :

  1. Guru Tahfiz selama 3 Tahun.
  2. Mudir Pusat Tahfiz selama 8 Tahun.
  3. Pengerusi Persatuan Ihtimam Tahfiz Negeri Selangor. (PINTA SELANGOR)
  4. Bendahari Kehormat Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA)
  5. Ahli Task Force Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN)
  6. Ahli Task Force Pelan Strategik PINTA 2017-2021
  7. Penasihat Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat.
  8. Pengasas Darul Ulum Az Zahra Lilbanat.
  9. Pengasas Az Zahra Genius Kids
  10. Ketua Lujnah Pengurusan Wifaqul Madaris Malaysia.

Pengalaman/Pembentang:

  • 18 Disember 2013
    Menyampaikan motivasi di Dewan Semarak APM anjuran MPP APMUM/PBMUM di University Malaya.
  • 31 Disember 2014
    Menyampaikan seminar bertajuk “Teratur dalam merancang masa depan & Aplikasi Muasafat Tarbiah di Kolej Matrikulasi Selangor.
  • 20 Mac 2016
    Pengarah Program Perhimpunan 20,000 Huffaz di Masjid Wilayah.
  • 02.12.2017
    Menyampaikan kertas kerja “Pentingnya Pusat Kecemerlangan Guru Tahfiz” dalam seminar Pemantapan Institusi Tahfiz di University Selangor (Unisel).
  • 07.11.2017
    Menyampaikan Kertas Kerja Teknik Hafazan Deobandi dalam seminar Kolokium Transformasi Pendidikan Pondok dan Tahfiz dalam menangani nilai Industri di Pusat Islam University Utara Malaysia.
  • 1-3 November 2017
    Panel Bengkel mewujudkan badan Khusus bagi mengawal tahap Profesional Huffaz di bawah Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) di Masjid Putra, Putrajaya.
  • 28 September 2017
    Panel Forum Bicara Persada Canselori, University Kebangsaan dengan tajuk Keramat merungkai Pertanggungjawaban.
  • Pembentangan sistem hafazan syahadah Tahfiz di Universiti Selangor.
  • 20 May 2017
    Penterjemah Panel Penceramah Antarabangsa dalam Majlis Himpunan 30,000 Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan.
  • Panel Seminar Pendidikan Tahfiz Aliran Perdana 11 okt 2018 KUIS anjuran Kementerian Pendidikan.